Laporan Hari Sukan Tahunan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau
Pada tanggal 2 hingga 4 Mac 2020 yang lalu,Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau telah mengadakan Hari Sukan Tahunan.Hari sukan tersebut diadakan di Padang Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau.Terdapt pelbagai acara yang diadakan pada hari tersebut.Tujuan hari sukan ini berlangsung adalah untuk melihat potensi pelajar-pelajar dalam aktiviti sukan.Hal ini demikian juga dapat meningkatkan stamina para pelajar.Di samping itu,para pelajar juga akan lebih bergiat aktif dalam memasuki apa-apa pertandingan aktiviti sukan.
Sebelum hari sukan berlangsung,banyak persediaan yang telah dilakukan.Rumah sukan yang akan terlibat dalam pertandingan nanti ialah rumah sukan Purnama,Belantara,Samudera,Suria dan Kejora.Sebelum hari sukan menjelang tiba,pasukan rumah masing-masing membuat perhiasan khemah.Hal ini demikian kerana pada hari sukan nanti,markah perhiasan khemah rumah sukan paling menarik akan diambil kira.Pada setiap petang,latihan rumah sukan akan diadakan di padang.Hal ini membuatkan peserta lebih bersedia semasa hari sukan nanti.
Pada tanggal 2 Mac 2020,Hari Sukantara telahpun berlangsung.Sukantara adalah acara sukan di mana setiap pelajar diberi peluang untuk menyumbang mata bagi rumah sukan masing-masing.Sukantara juga biasanya diadakan sebelum Hari Sukan Tahunan berlangsung.Antara acara yang dipertandingkan ialah lontar peluru,lompat jauh dan larian 100 meter.Sukantara bermula pada pukul 8.00 pagi.Sebelum acara bermula,para pelajar berkumpul di bawah khemah rumah sukan masing-masing dan membuat persediaan sebelum acara bermula.Para pelajar diingatkan bahawa mereka hanya mempunyai satu peluang untuk menyumbang mata bagi setiap acara.Jika peluang itu tidak digunakan dengan baik,maka mata itu tidak akan diambil kira.
Pada keesokan harinya,tanggal 3 Mac telah berlangsung hari pertama Sukan Tahunan bagi sesi 2020.Keadaan cuaca pada pagi itu sangat baik.Pada pukul 8.00 pagi,semua pelajar diarahakan berkumpul di bawah khemah masing-masing.Para atlet perlu bersiap sedia sebelum nombor mereka dipanggil.Nombor para atlet telah diberi sebelum hari sukantara bermula.Nombor yang dipanggil perlu bergerak ke khemah para peserta.Acara yang dipertanding pada waktu pagi itu ialah acara lontar peluru,lempar cakera,rejam lembing,100 meter,200 meter dan 800 meter.Semua ahli rumah sukan yang lain memberi sokongan kepada atlet yang sedang bertanding.Seterusnya,acara 4 kali 400 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu.Suasan pada hari itu sangat meriah.Pada waktu petang pula,acara diteruskan dengan acara lonpag jauh.Setelah tamat acara tersebut,semua rumah sukan perlu menyiapkan persiapan khemah dan perbarisan untuk hari esok.
Pada tanggal 4 Mac,telah berlangsungnya hari kemuncak sukan bagi sesi 2020.Seperti biasa,para pelajar diminta berkumpul di bawah khemah rumah sukan masing-masing pada pagi itu.Acara yang dipertandingkan pada hari itu ialah acara 400 meter dan 4 kali 100 meter.Selepas tamat,semua guru dan para pelajar diminta berkumpul di tengah padang bagi sesi penutupan Hari Sukan Tahunan bagi tahun 2020.Sesi penutupan dimulakan dengan acara perbarisan yang dirasmikan oleh Encik Ismail Bin Kassim iaitu YDP Muafakat MRSM Balik Pulau.Selepas itu,keputusan temasya sukan pada hari tersebut diumumkan.Johan bagi acara Sukan Tahunan Sesi 2020 jatuh kepada Rumah Kejora.Naib Johan pula disandang oleh Rumah Belantara manakala Rumah Samudera mendapat tempat ketiga.Bagi rumah sukan Purnama dan Suria,mereka mendapat tempat keempat dan kelima.Semua para pelajar berasa amat gembira dan ada yang sedih kerana tidak mendapat pingat emas.Walaubagaimanapun,semua pelajar berasa berpuas hati kerana dapat melaksanakan aktiviti ini dengan berjaya.
Setelah selesai hari sukan tahunan,semua para pelajar diminta mengemas khemah rumah sukan masing-masing.Walaupun penat selanjang aktiviti sukan ini berlangsung, tetapi para pelajar amat gembira dan seronok.Ramai pelajar inigin mewakili acara pada hari sukan tahunan akan datang.Setelah segalanya selesai,sesi penggambaran pula diadakan supaya dapat dijadikan sebagai kenang-kenangan.
Akhir sekali,dapatlah disimpulkan bahawa Sukan di Malaysia adalah bahagian penting dalam budaya Malaysia. Sukan di Malaysia sangat popular dari aspek penyertaan dan pemandangan. Rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat menyertai pelbagai sukan untuk rekreasi dan persaingan. Dalam definisi yang paling luas sukan sukan fizikal semua jenis-empat sukan rekreasi yang paling popular di kalangan penduduk umum Malaysia adalah senaman berjalan, latihan aerobik, latihan kekuatan, dan berjalan. Sukan lain yang paling popular ialah berbasikal, berenang, memanjat, berkhemah, boling, mendaki, memancing dan selam skuba.
Laporan disediakan oleh, 20 Mac 2020.
(DINIE NADHRAH BINTI AHMAD SAHAIRI)
Editor majalah E-sukan,
MRSM Balik Pulau.
Comments
Post a Comment