LAPORAN HARI SUKAN TAHUNAN 
         MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) BALIK PULAU 2020

Pada tanggal 2 hingga 4 Mac 2020, Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau telah mengadakan temasya sukan tahunan yang ke-30. Tujuan hari sukan ini diadakan adalah untuk melahirkan atlet-atlet yang berpotensi tinggi pada peringkat sekolah. Anak-anak muda generasi hari ini kelihatan lebih aktif dan produktif dalam bidang sukan sama ada sukan di sekolah mahupun anjuran luar. Selain itu, para pelajar juga dapat memupuk minat bersukan dalam diri masing-masing. Para pelajar yang kurang gemar bersukan juga dapat membuka hati serta minda mereka dalam aktiviti sukan.
Banyak persiapan yang telah dilakukan sebelum hari sukan bermula. Antaranya ialah para peserta bersungguh-sungguh dalam menjalani latihan rumah sukan yang dipantau oleh guru-guru yang terlibat. Selain itu, para pelajar turut bertungkus lumus dalam menghias khemah rumah sukan mengikut tema yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, rumah sukan Belantara menetapkan ‘Slytherin’ sebagai tema mereka. Rumah-rumah sukan yang akan bertanding pada tahun ini ialah Belantara, Samudera, Kejora, Purnama dan Suria.
Pada 2 Mac 2020, Hari Sukantara telahpun diadakan untuk menambah mata bagi rumah sukan masing-masing. Sukantara ialah sebuah acara yang melibatkan semua pelajar di mana setiap pelajar akan diberi peluang untuk menyumbang mata bagi rumah sukan masing-masing. Antara acara yang wajib disertai ialah lari 100 meter, lompat jauh serta lontar peluru. Semua pelajar dengan penuh komited menyertai acara sukantara tersebut demi meraih mata untuk bergelar juara pada tahun ini.
Pada keesokan harinya, tanggal 3 Mac 2020 telah berlangsung hari pertama bagi Sukan Tahunan tahun 2020. Pada pukul lapan pagi, para pelajar diarahkan untuk berkumpul di bawah khemah masing-masing untuk diberikan taklimat serta kata-kata motivasi kepada para peserta. Acara yang dipertandingkan pada waktu pagi ialah acara lontar peluru, lempar cakera, rejam lembing, 100 meter, 200 meter, dan 800 meter. Acara 4 kali 400 meter menjadi acara tarikan pada hari itu. Pada waktu petang, Hari Sukan diteruskan dengan acara lompat jauh. Pelajar yang tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti diminta untuk menghias khemah serta membuat latihan kawad kaki untuk pertandingan pada keesokan harinya.
Pada tanggal 4 Mac 2020  telah berlangsungnya hari kemuncak sukan bagi tahun 2020. Acara yang dipertandingkan pula pada hari itu ialah 400 meter serta 4 kali 100 meter. Selepas tamat acara tersebut, semua warga MRSM Balik Pulau diminta berkumpul di tengah padang bagi sesi penutupan Hari Sukan Tahunan yang ke-30 bagi tahun 2020. Acara tersebut dimulakan dengan persembahan kawad kaki bagi setiap rumah sukan. Kemudian diteruskan pula ucapan dari YDP Muafakat MRSM Balik Pulau iaitu Encik Ismail bin Kassim. Selepas itu, kedudukan rumah sukan pula diumumkan. Gelaran juara dirangkul oleh rumah sukan Kejora manakala naib johan pula jatuh kepada rumah sukan Belantara. Kedudukan tersebut kemudian disusuli oleh rumah sukan Purnama, Samudera dan Suria.
Hari Sukan Tahunan 2020 dilabuhkan tirai dengan sesi penggambaran mengikut rumah sukan masing-masing. Semua pelajar mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan. Perasaan yang bercampur baur seperti gembira, teruja dan penat turut hadir dalam diri masing-masing. Semua pelajar dibenarkan untuk naik ke asrama masing-masing untuk membersih dan merehatkan diri. Para pelajar bertekad untuk menyertai acara pada tahun hadapan dan berusaha bersama-sama demi meningkatkan kedudukan rumah sukan.
“Seperti saya katakan dulu, paling kurang atlet kena dapat 76 pingat emas, baru sama pencapaian di Korat. Tapi sekarang tak sampai 60 pingat emas,  terburuk dalam sejarah kerana kita belanja banyak duit dan hantar atlet paling ramai,” ujar bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara iaitu Datuk Seri Zolkples Embong dengan kekecewaan. Dengan kekurangan minat generasi muda terhadap sukan, negara tidak mampu untuk mendapatkan kejayaan dalam bidang sukan. Walau bagaimanapun, e-sukan kini telah menguasai dunia dengan permintaannya yang tinggi sehingga mewujudkan pertandingan e-sukan. Maka, sukan di negara kita telah dikembangkan dengan permainan e-sukan ini.

Laporan disediakan oleh,                                                                                                  23 MAC 2020.
(ASNA NAJIHAH BINTI HAZMADI)
Editor majalah E-Sukan,
MRSM Balik Pulau

Comments

Popular posts from this blog