Laporan Hari Sukan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau 2020

         Pada tanggal 2 hingga 4 Mac 2020 yang lalu, Maktab Rendah Sains Mara telah mengadakan Hari Sukan Tahunan kali ke-30. Hari Sukan ini terbahagi kepada dua iaitu Sukantara dan Sukan Tahunan menyebabkan ia berlangsung selama tiga hari. Tujuan Hari Sukan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang sukan. Hal ini dikatakan demikian kerana pihak sekolah akan memilih pemenang-pemenang bagi setiap acara yang diadakan bagi mewakili sekolah ke peringkat daerah seterusnya ke peringkat negeri. Penglibatan pelajar dalam sukan juga dapat menyihatkan tubuh badan. Apabila pelajar terlibat dalam sukan, badan akan mengeluarkan peluh yang mengandungi toksin daripada badan dan membuatkan jantung kita berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung, badan yang sihat akan mencerdaskan minda dan membantu pelajar dalam pelajaran.

       Sebelum Hari Sukan berlangsung, banyak persediaan yang telah dilakukan oleh rumah sukan masing-masing. Terdapat lima rumah sukan yang akan bertanding iaitu Kejora, Purnama, Belantara, Samudera dan Suria. Setiap ketua rumah sukan yang dilantik serta ahli-ahli rumah sukan telah membuat perbincangan dengan guru-guru penasihat rumah sukan akan perhiasan yang bakal dilakukan untuk khemah rumah sukan. Di samping itu, para pelajar juga telah membincangkan tentang latihan rumah sukan yang bakal dilakukan bagi atlet-atlet yang telah terpilih untuk mewakili rumah sukan. Selain itu, ahli-ahli rumah sukan juga telah memilih ahli-ahli perbarisan bagi persediaan prop dan kostum.

         Pada tanggal 2 Mac 2020, Hari Sukantara telah berlangsung dari pukul 8 hingga 11 pagi. Sukantara merupakan satu acara di mana setiap pelajar perlu menyertai acara-acara sukan yang tertentu bagi menyumbang markah kepada rumah sukan masing-masing. Sukantara memberikan peluang kepada semua pelajar untuk menyertai serta mewakli rumah sukan masing-masing. Hal ini kerana setiap pelajar diwajibkan untuk menyertai bagi memperoleh mata untuk rumah sukan. Acara yang dipertandingkan ialah larian 100 meter, lompat jauh serta lontar peluru. Setelah tamatnya Sukantara, setiap rumah sukan diberikan peluang untuk melakukan perhiasan khemah dan perbarisan.
  
         Pada tanggal 3 Mac 2020, hari pertama Sukan Tahunan bagi sesi 2020 telah bermula. Pada pukul 8 pagi, para pelajar diarahkan untuk berkumpul di bawah khemah rumah sukan masing-masing. Para atlet perlu bersiap sedia dan memakai nombor atlet masing-masing. Acara yang dipertandingkan pada waktu pagi itu ialah acara 100 meter, 200 meter, 800 meter, lempar cakera, rejam lembing serta lontar peluru. Seterusnya, acara 4 kali 400 meter merupakan acara kemuncak pada hari sukan tersebut. Suasana pada hari sukan tersebut amatlah meriah dan riuh-rendah oleh kerana sorakan-sorakan dan tepukan para pelajar. Pada sebelah petang pula, hari sukan diteruskan dengan acara padang iaitu lompat jauh. Setelah tamatnya acara tersebut, setiap rumah sukan dikehendaki untuk menyiapkan perhiasan serta perbarisan rumah sukan sebelum hari keesokkannya tiba. Semua pelajar dan guru-guru rumah sukan telah bertungkus-lumus serta bekerjasama bagi menyiapkan perhiasan-perhiasan rumah sukan masing-masing.

        Pada tanggal 4 Mac 2020, hari terakhir bagi Hari Sukan Tahunan telah berlangsung bagi sesi 2020. Seperti biasa, para pelajar diminta untuk berkumpul di bawah khemah rumah sukan masing-masing. Acara yang dipertandingkan pada hari itu ialah 400 meter serta 4 kali 100 meter. Setetah tamatnya kedua-dua acara tersebut, semua pelajar dan guru-guru diminta untuk berkumpul di astaka bagi sesi penutupan Hari Sukan Tahunan bagi tahun 2020. Majlis dimulakan dengan acara perbarisan oleh setiap rumah sukan. Setiap rumah sukan telah menunjukkan persembahan-persembahan yang menarik dan kreatif untuk memenangi acara perbarisan tersebut. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Encik Ismail bin Kassim, YDP Muafakat MRSM Balik Pulau. Seterusnya, majlis penutupan diserikan lagi dengan acara penyampaian hadiah kepada atlet-atlet rumah sukan serta keseluruhan rumah sukan mengikut beberapa kategori. Johan keseluruhan bagi acara sukan tahunan jatuh kepada rumah sukan Kejora manakala naib johan disandang oleh rumah sukan Belantara. Tempat ketiga dimenangi oleh rumah sukan Purnama diikuti dengan rumah sukan Samudera dan akhir sekali rumah sukan Suria. Setelah tamatnya sesi penutupan Hari Sukan Tahunan, para pelajar dibenarkan untuk naik ke asrama untuk berehat.

         Sebelum mengakhiri wacana ini, negara kita telah berkembang maju oleh kerana perkembangan dari segi sukan. Sebagai contoh, sukan mampu mengangkat martabat negara ke mercu yang lebih tinggi. Pencapaian dalam bidang sukan menyebabkan nama negara terukir di pentas antara bangsa. Selain itu, masyarakat juga dapat memupuk semangat perpaduan dapat diri melalui sukan. Konsep perpaduan ini tercapai kerana kejayaan atau kegagalan sesuatu pasukan itu akan turut dirasai oleh masyarakat. Sehubungan dengan itu, acara sukan yang diadakan boleh menjana pertubuhan ekonomi negara. Hal ini kerana usaha untuk menganjurkan acara sukan yang bertaraf dunia seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia bola sepak memerlukan pembinaan stadium yang memerlukan sejumlah modal yang besar bagi memastikan projek ini berjalan lancar.



Laporan disediakan oleh,                                                                                                   16 Mac 2020.            
(AINUL TAHSINA BINTI ROSMAINI)
Editor Majalah E-Sukan,
MRSM Balik Pulau

Comments

Popular posts from this blog