Laporan Hari Sukan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau 2020 

Pada tanggal 2 hingga 4 Mac 2020 yang lalu, Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau telah mengadakan hari sukan tahunan.Hari sukan ini diadakan selama tiga hari dan dibahagi kepada satu Hari Sukantara dan dua Hari Sukan Tahunan. Tujuan hari sukan ini diadakan adalah untuk menyemai semangat kesukanan dalam diri pelajar.Hal ini disebabkan oleh, semua pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih pingat dalam setiap bahagian yang diambil.Selain itu, sukan juga dapat mencungkil bakat pelajar dalam bidang sukan. Hal ini demikian kerana,bakat-bakat ini perlu digilap untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah seterusnya ke peringkat negeri.Secara tidak langsung, penglibatan pelajar dalam bidang sukan juga dapat mengharumkan nama sekolah ke seluruh negara.

Sebelum hari sukan berlangsung,banyak persediaan yang telah dilakukan sebelum hari sukan menjelang tiba.Rumah sukan yang akan bertanding dalam sukan tahunan ialah rumah Kejora,rumah Belantara,rumah Purnama,rumah Samudera dan rumah Suria.Semua ketua dan ahli rumah sukan dan telah membuat perbincangan bersama guru-guru penasihat untuk merancang hiasan khemah dan latihan yang perlu dijalankan.Dalam pada itu,para pelajar juga mengambil peluang untuk mengadakan latihan mengikut rumah sukan masing-masing.Mereka berlatih dalam acara larian 100 meter,lompat jauh,lontar peluru,rejam lembing dan lain-lain.

Pada tanggal 2 Mac 2020,Hari Sukantara telah berlangsung. Sukantara adalah satu acara sukan di mana setiap pelajar diberi peluang untuk menyumbang mata bagi rumah sukan masing-masing. Sukantara biasanya diadakan sebelum Hari Sukan Tahunan.Selain itu, Sukantara juga memberi peluang kepada semua pelajar untuk mewakili rumah sukan masing-masing. Hal ini demikian kerana, tidak semua pelajar dapat mewakili rumah sukan pada Hari Sukan Tahunan nanti. Oleh itu, sukantara adalah diwajibkan untuk semua pelajar. Terdapat tiga acara yang dipertandingkan iaitu balapan 100 meter, lontar peluru dan lompat jauh. Setiap mata yang diperoleh akan dikira sebagai mata untuk rumah sukan masing-masing.Setelah tamat sukantara,setiap rumah sukan diberi peluang untuk menyiapkan hiasan khemah dan perbarisan.

Pada keesokan harinya,tanggal 3 Mac telah berlangsung hari pertama Sukan Tahunan bagi sesi 2020.Keadaan cuaca pada pagi itu sangat baik.Pada pukul 8 pagi, para pelajar diarahkan berkumpul di bawah khemah mengikut rumah masing-masing dan para atlet perlu bersiap sedia sebelum acara bermula.Acara yang dipertandingkan pada waktu pagi iaitu acara lontar peluru,lempar cakera,rejam lembing,100 meter,800 meter dan acara balapan 200 meter. Seterusnya,acara lari 4 kali 400 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Suasana hari sukan menjadi riuh-rendah dan meriah dengan sorakan dan tepukan para pelajar.Seterusnya pada sebelah petang pula, acara diteruskan pula dengan acara padang iaitu lompat jauh. Setelah tamat acara tersebut, semua rumah sukan dikehendaki menyiapkan persiapan khemah sebelum hari esok menjelang tiba. Para pelajar dan guru berganding bahu dan menggembleng tenaga bagi menyiapkan hiasan khemah.

Pada tanggal 4 Mac, telah berlangsungnya hari kemuncak sukan bagi sesi 2020.Seperti biasa,para pelajar diminta berkumpul di bawah khemah rumah sukan masing-masing.Acara yang dipertandingkan pada pagi itu ialah balapan 400 meter dan 4 kali 100 meter.Selepas tamat kedua-dua acara tersebut,semua pelajar dan guru diminta berkumpul di astaka untuk sesi penutupan Hari Sukan Tahunan bagi tahun 2020. Majlis penutupan dimulakan dengan acara perbarisan mengikut rumah sukan.Pelbagai persembahan ditunjukkan mengikut kreativiti masing-masing.Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Encik Ismail bin Kassim iaitu selaku YDP Muafakat MRSM Balik Pulau seterusnya merasmikan Hari Sukan Tahunan bagi sesi 2020.Majlis diserikan lagi dengan acara penyampaian hadiah kepada rumah sukan mengikut beberapa kategori.Johan keseluruhan bagi acara sukan tahunan sekolah jatuh kepada rumah Kejora,Naib Johan pula disandang oleh rumah Belantara manakala rumah Purnama mendapat tempat ketiga diikuti dengan rumah Purnama dan akhir sekali rumah Suria.Selepas itu,para pelajar dibenarkan naik ke asrama untuk berehat.

Akhir sekali dapat disimpulkan bahawasukan di negara kita telah giat berkembang.Sebagai intiha,banyak kelab sukan ditubuhkan untuk memajukan sukan-sukan tertentu.Selain itu,beberapa kejohanan diadakan setiap tahun,seperti Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.Oleh hal yang demikian,setiap individu haruslah bergiat aktif dalam bidang sukan seterusnya dapat mewakili negara ke peringkat antarabangsa sekalis dapat menjadikan Malaysia “duduk sama rendah berdiri sama tinggi” dengan negara-negara maju yang lain.


Laporan disediakan oleh,                                                                                                    16 Mac 2020.


(NUR AKID ATIKAH BT MOHD SUKOR)
Editor majalah E-sukan,
MRSM Balik Pulau.

Comments

Popular posts from this blog