Laporan Hari Sukan Tahunan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau 2020
Pada tanggal 2 hingga 4 Mac 2020 yang lalu,Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau telah mengadakan Hari Sukan Tahunan Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau pada pukul 3 petang dengan cuaca yang redup,kesemua rumah sukan membuat pertemuan pertama mereka dilokasi tertentu.Tujuan utama sukan tahunan ini dilakukan adalah untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri setiap pelajar dan memajukan sukan untuk sekolah dan negara serta pelajar juga akan aktif dan sihat selalu.
Beberapa minggu sebelum hari sukan tahunan berlangsung,semua rumah sukan melakukan persediaan awal bagi acara yang akan menjelang.Antara rumah sukan yang bertanding ialah Rumah Sukan Suria,Purnama,Belantara,Samudera dan Kejora. Setiap rumah sukan menghias khemah mereka dengan bahan-bahan yang menarik dan cantik bagi mendapatkan mata untuk khemah rumah sukan yang tercantik.Semua rumah sukan bersungguh-sungguh kerana mata yang akan diberikan bagi rumah sukan yang tercantik adalah tertinggi diantara semua acara yang lain.Bagi atlet yang akan bertanding,mereka berlatih pada setiap petang bagi meningkatkan kemahiran dan stamina mereka dalam acara tertentu.Pelbagai acara yang dipertandingkan pada sukan tahunan pada tahun ini.
Pada tanggal 2 Mac 2020,Hari Sukantara telahpun berlangsung dengan jayanya di atas kerjasama yang telah diberikan oleh kesemua rumah sukan.Sukantara bertujuan memberi peluang kepada semua pelajar yang menggangotai pasukan rumah masing-masing menyumbang sejumlah pungutan mata.Pungutan mata terkumpul kemudiannya ditambah dengan sejumlah mata dalam kejohananPadang & Balapan yang dijadualkan berlangsung pada 2 Mac 2020,pelbagai acara telah diaturkan untuk menguji kemampuan mental dan fizikial para peserta untuk melepasi had masa dan had jarak dalam usaha memunggut sebanyak mungkin mata bagi disumbangkan kepada rumah sukan masing-masing,Acara yang disediakan bagi sukantara ialah lari pecut 100 meter,lompat jauh,dan lontar peluru.
Pada keesokan harinya,tanggal 3 Mac telah berlangsung hari pertama Sukan Tahunan bagi kali ke 30. Keadaan cuaca yang sangat baik pada pagi tersebut.Pada pukul 8 pagi,para pelajar diarahkan berkumpul di khemah rumah sukan masing-masing bagi melakukan persediaan acara pertama yang akan dimulakan.Atlet bersiap sedia dengan memakai kasut spike yang disediakan oleh kesemua rumah sukan.Antara acara yang dipertandingkan pada waktu pagi iaitu acara lontar peluru ,lempar cakera,rejam lembing ,100 meter,200 meter dan 800 meter.Seterusnya,pada pukul 12.00 tengah hari acara kemuncak untuk pagi tersebut iaitu 4 kali 400 meter.Suasan dengan sorakkan dari semua rumah sukan dan terlihat jelas rumah sukan Suria dan Purnama yang menyokong dengan paling semangat dan mengibarkan bendera dengan semangat sekali.Hari Sukan berhenti seketika bagi menunaikan solat zohor dan asar serta pelajar akan makan tengah hari di dewan selera.Pada waktu petang,acara lompat jauh diteruskan walaupun cuaca agak panas .Setelah tamat acara tersebut,semua rumah sukan perlu menyiapkan perhiasaan khemah masing-masing untuk hari esoknya.
Pada tanggal 4 Mac,hari kemuncak bagi hari sukan tahunan bagi sesi 2020.Seperti biasa,para pelajar diminta untuk berkumpul di bawah khemah rumah sukan masing-masing. Pada pagi tersebut acara yang dipertandingkan ialah acara yang dipertandingkan 400 meter dan 4 kali 100 meter.Selepas tamat semua acara,semua guru berkumpul di atas astaka manakala para pelajar berkumpul di depan astaka iaitu padang utama bagi sesi penutupan Hari Sukan Tahunan bagi tahun 2020.Sebelum acara perasmian penutupan Hari Sukan Tahunan ke-30 bagi sesi 2020,dilangsungkan acara perbarisan bagi setiap rumah sukan.Selepas tamat acara perbarisan,perasmian penutupan Hari Sukan Tahunan ke-30 disempurnakan oleh YDP Muafakat MRSM Balik Pulau,Encik Ismail bin Kassim.Bagi jumlah mata keseluruhan di tempat yang kelima,rumah Sukan Suria,bagi tempat keempat dimenangi oleh rumah sukan Samudera.Bagi tempat ketiga,dimenagi oleh rumah Purnama dan tempat disandang oleh rumah sukan Kejora manakala tempat kedua dimenangi oleh rumah sukan Belantara.Pelbagai perasaan berbaur di hati semaun ahli rumah sukan Kejora dan ahli rumah sukan yang lain pun turut rasa gembira dan tidak kecewa dengan keputusan yang diumumkan.Selepas selesai sesi penggambaran bersama ahli-ahli rumah sukan,semua pelajar dibenarkan naik ke asrama bagi membersihkan diri dan berehat setelah berpenat dalam cuaca yang agak panas.
Sebelum pelajar dibenarkan naik ke asrama,para pelajar perlu mengemas khemah dan mencabut bahan-bahan yang terdapat di khemah masing-masing.Sesi penggambaran bersama rakan-rakan dan sahabat dijadikan sebagai kenangan pada hari sukan tahunan.Perasaan gembira,teruja,penat dan berbagai-bagai di hati semua orang.Akhir sekali,dapat disimpulkan bahawa,sukan di negara kita telah meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan peryertaan oleh rakyat-rakyat yang mempunyai potensi dalam bidang sukan.Selain itu, kita dapat meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup melalui strategi sukan Untuk Semua dan pengenalan kepada konsep Malaysia Cergas bagi memberikan kesedaran kepada semua pihak.
Laporan disediakan oleh, 20 Mac 2020.
(ADAM HARITH BIN ISMAIL)
Editor majalah E-sukan,
MRSM Balik Pulau.
Comments
Post a Comment