Laporan Hari Sukan Tahunan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau 2020
Pada tanggal 2 hingga 4 Mac 2020 yang lalu, Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau telah mengadakan Kejohanan Sukan Olahraga MRSM Balik Pulau 2020. Pada awal pagi kira-kira pukul 8.15 pagi, kami dikehendaki untuk berkumpul di medan kawat selepas selesainya makan sarapan yang ringkas iaitu nasi lemak, kuih muih dan teh untuk melakukan senaman pagi. Tujuan hari sukan diadakan adalah untuk menggalak dan mewujudkan peluang dan kemudahan mempertingkatkan kemahiran dan kecemerlangan individu dalam sukan di semua peringkat. Hari sukan juga dapat menggalakkan semangat persaingan yang sihat dan muhibah melalui sukan di kalangan murid-murid.
Sebelum hari sukan berlangsung, banyak persediaan yang telah dilakukan sebelum hari sukan menjelang tiba. Terdapat 5 rumah sukan yang akan bertanding iaitu kejora, purnama, belantara, suria dan samudera. Setiap rumah sukan akan menghias khemah mengikut tema masing-masing dan melakukan latihan setiap petang. Sebanyak dua acara balapan dan padang peringkat akhir yang akan dipertandingkan bagi setiap murid. Cikgu turut akan menyertai acara padang iaitu 4 kali 50m dan 100m.
Pada tanggal 2 Mac 2020 Hari Sukantara telahpun berlangsung. Sukantara adalah satu acara sukan dimana setiap pelajar diberi peluang untuk menyumbang mata bagi rumah sukan masing-masing. Sukantara juga biasanya diadakan sebelum Hari Sukan Tahunan. Sebagai contoh,terdapat beberapa acara bagi balapan iaitu lompat jauh, lontar peluru, lempar cakera dan rejam lembing. Bagi acara padang pula terdapat acara 100m, 200m, 400m, 800, 1500m, 4 kali 100m dan 4 kali 400m.
Pada keesokan harinya, tanggal 3 Mac telah berlangsung hari pertama Sukan Tahunan bagi sesi 2020. Keadaan cuaca pada pagi itu sangat baik. Pada pukul 8 pagi, para pelajar diarahkan berkumpul di bawah khemah masing-masing. Para atlet perlu bersiap sedia sebelum acara berlangsung. Acara yang dipertandingkan pada waktu pagi iaitu acara lontar peluru, lempar cakera, rejam lembing, 100 meter, 200 meter dan 800 meter. Seterusnya, acara 4 kali 400 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Semasa acara sedang berlangsung, murid-murid bersorak menyokong pasukan rumah masing-masing. Pada waktu petang, acara diteruskan dengan acara lompat jauh. Setelah tamat acara tersebut, semua rumah sukan perlu menyiapkan persiapan menghias khemah dan perbarisan untuk hari esok.
Pada tanggal 4 Mac, telah berlangsungnya hari kemuncak sukan bagi sesi 2020. Seperti biasa para pelajar perlu berkumpul di bawah khemah rumah sukan masing-masing. Terdapat dua acara yang dipertandingkan iaitu 400 meter dan 4 kali 100 meter. Setelah tamat acara tersebut, semua guru dan para pelajar diminta untuk berkumpul di tengah padang bagi sesi penutupan Hari Sukan Tahunan bagi tahun 2020. Sesi penutupan dimulakan dengan acara lintas hormat dan kawad formasi rumah-rumah sukan 2020. Acara dirasmikan oleh Encik Ismail Bin Kassim iaitu YDP Muafakat MRSM Balik Pulau. Kedudukan rumah sukan yang mempunyai purata permakahan yang tertinggi didahulukan dengan rumah sukan kejora dan seterusnya, belantara, purnama, samudera dan tempat terakhir dimenangi oleh rumah sukan suria.
Selepas tamat sesi penutupan, semua pelajar dikehendaki untuk membersihkan persekitaran padang agar padang kelihatan bersih dan bebas daripada sampah sarap. Sesi penggambaran pula diadakan supaya dapat dijadikan sebagai kenangan. Semua pelajar berasa penat tetapi gembira pada masa yang sama. Akhir sekali, dapatlah disimpulkan bahawa sukan di negara kita
Laporan disediakan oleh,
( AMYRA RUSYDINA BINTI ABDUL KARIM ) 20 Mac 2020.
Editor majalah E-sukan,
MRSM Balik Pulau
Comments
Post a Comment