Laporan Hari Sukan Tahunan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau 2020
Pada tanggal 2 hingga 4 Mac 2020 yang lalu Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau telah mengadakan sukan tahunan maktab. Hari sukan bermula pada pukul pada pukul 8.00 pagi . Hari sukan diadakan di padang Maktab Rendah Sains Mara . Tujuan hari sukan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan guru. Selain itu , hari sukan ini juga dapat mencungkil bakat para pelajar dalam bidang sukan dan melahirkan atlet untuk mewakili maktab.
Sebelum hari sukan berlangsung , banyak persediaan yang telah dilakukan oleh setiap rumah sukan .Guru juga turut membantu murid menghias khemah bagi memenangi pertandingan hiasan khemah. Pada setiap petang ,murid-murid turun ke padang bagi menjalani latihan . Mereka berlatih bersungguh-sungguh untuk memenangi acara yang diwakili bagi menyumbang mata pada rumah sukan masing-masing. Rumah sukan yang bertanding adalah sebanyak lima rumah sukan iaitu Kejora,Belantara,Samudera,Purnama dan Suria. Pelbagai acara yang diadakan seperi acara lari 100 meter, 200 meter,400 meter,lompat jauh,lontar peluru dan lain-lain.
Pada tanggal 2 Mac 2020, Hari Sukantara telahpun berlangsung iaitu setiap murid mewakili rumah sukan masing-masing untuk mengumpul mata bagi rumah sukan mereka. Acara yang diadakan ialah acara lari 100 meter,lontar peluru dan lompat jauh. Pengumpulan mata akan diambil melalui catatan masa bagi acara lari 100m , dan perlu melepasi jarak yang telah ditetapkan bagi mendapatkan mata untuk acara lompat jauh dan lontar peluru. Pada petang itu, setiap rumah sukan sibuk menghias rumah sukan masing-masing dan latihan kawad kaki juga turut diadakan.
Pada keesokan harinya, tanggal 3 Mac tealah berlangsung hari pertama Sukan Tahunan bagi sesi 2020. Keadaan cuaca pada pagi itu sangat baik. Pada pukul 8 pagi , para pelajar diarahkan berkumpul di bawah khemah rumah masing-masing. Atlet-atlet melakukan regangan bagi bersiap sedia sebelum acara bermula .Acara yang dipertandingkan pada pagi itu ialah acara lontar peluru, rejam lembing,100 meter,200 meter dan 800m. Seterusnya, acara 4 kali 400 meter menjadi acara kemuncak sukan pada pagi itu. Pada waktu petang pula , acara diteruskan dengan acara lompat jauh.
Pada tanggal 4 Mac 2020 pula, pelajar-pelajar diminta berkumpul di tengah padang bagi perasmian Hari Sukan. Hari sukan dimulakan dengan acara perbarisan oleh setiap rumah sukan dan diteruskan dengan perasmian Hari Sukan oleh Encik Ismail Bin Kassim iaitu YDP Muafakat Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau . Kemudian , acara diteruskan dengan acara 400 meter dan 4 kali 100 meter. Para atlet bersungguh-sungguh berlari untuk memenangi acara tersebut. Akhir sekali , para pelajar dan guru-guru berkumpul bagi penyampaian hadiah. Rumah sukan Kejora telah memenangi tempat pertama diikuti Belantara,Samudera,Purnama dan Suria.
Selepas tamat sesi penyampaian hadiah, para pelajar diminta mengemaskan khemah masing-masing . Aktiviti penggambaran pula diadakan supaya dapat dijadikan kenang-kenangan. Akhir sekali , dapatlah disimpulkan bahawa sukan amat penting untuk negara. Hal ini kerana melalui sukan , kita dapat mengharumkan nama negara.
Laporan disediakan oleh , 4 April 2020.
(MUHAMMAD FAHMI BIN FAIZUL)
Editor majalah E-sukan,
MRSM Balik Pulau
Comments
Post a Comment