Laporan Hari Sukan Tahunan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau 2020
Pada tanggal 2 hingga 4 Mac 2020 yang lalu,Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau telah mengadakan Hari Sukan Tahunan peringkat sekolah. Acara yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi itu disertai oleh semua warga Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau yang terdiri daripada para guru dan pelajar. Cuaca pada hari itu agak panas namun para pelajar dan guru tetap bersemangat bagi memastikan aktiviti ini berjaya. Tujuan utama Hari Sukan Tahunan diadakan adalah untuk memupuk semangat kesukannan dalam diri setiap warga sekolah. Aktiviti ini juga mampu memupuk semangat bekerjasama antara pelajar dan guru.
Banyak persiapan yang telah dilakukan sebelum hari sukan menjelang tiba. Antara persiapan yang diadakan seperti menghias khemah rumah sukan mengikut rumah sukan masing masing. Terdapat lima rumah sukan secara keseluruhan seperti rumah sukan Belantara,Suria,Purnama,Samudera dan Kejora. Tema hiasan khemah pada tahun ini adalah Flora dan Fauna. Semua pelajar dan guru tidak melepaskan peluang untuk menonjolkan kreativiti masing masing ketika menghias khemah masing masing. Bagi pelajar yang tidak melibatkan diri dengan perhiasan khemah mereka seperti athlete rumah sukan,mereka menjalani latihan bagi mempersiapkan diri mereka untuk bertanding pada keesokkan harinya. Semua athlete diwajibkan untuk turun menjalani latihan setiap petang. Antar acara sukan yang dipertandingkan seperti lontar peluru,lumba lari,lempar cakera dan lain-lain.
Pada tanggal 2 Mac 2020,Hari Sukantara pun berlangsung. Sukantara adalah satu acara sukan di mana setiap pelajar diberi peluang untuk menyumbang mata bagi rumah sukan masing-masing. Antara acara yang dipertandingkan pada hari itu seperti larian 100 meter,lontar peluru danlompat jauh. Setiap acara ini mempunyai kutipan markah yang berbeza mengikut peringkat tertentu. Pada pukul 8 pagi,semua pelajar berkumpul di khemah masing masing untuk mendengar taklimat yang diberikan oleh guru rumah sukan masing masing. Semua pelajar kemudian bergerak ke lokasi yang ditetapkan di dalam jadikan mengikut rumah sukan untuk bergilir gilir menjalani sukantara. Setiap markah yang dikutip akan disumbangkan kepada papan markah rumah sukan masing masing. Selesai sahaja acara sukantara, acara sukan tahunan pula dijalankan. Antara acara yang dipertandingkan pada pagi itu seperti acara lontar peluru,lempar cakera,rejam lembing,larian 100 meter,200 meter dan 800 meter. Seterusnya,acara 4 kali 400 meter menjadi kemuncak acara sukan pada hari itu. Semua pelajar bersorak bagi memberikan semangat kepada athlete rumah sukan masing masing. Selesai sahaja acara tersebut,pelajar diarahkan untuk pergi ke Surau Al-Hidayah bagi menunaikan solat Zohor secara berjemaah. Pelajar juga dibenarkan untuk pergi ke Dewan Selera bagi menikmati makan tengahari mereka sebelum meneruskan acara sukan yang seterusnya. Pada pukul 2.30 petang,acara diteruskan dengan acara lompat jauh. Selepas acara tersebut selesai,semua rumah sukan menyiapkan persiapan khemah mereka dan pembarisan untuk majlis yang akan dilangsungkan pada keesokkan harinya.
Pada keesokkan harinya,tanggal 3 Mac 2020,semua pelajar berkumpul di khemah rumah sukan masing masing tepat pada pukul 8 pagi.Semua athlete yang terlibat dengan acara yang akan dipertandingkan pada hari ini dibenarkan untuk memanaskan diri terlebih dahulu. Kebanyakan acara pada hari itu adalah acara padang seperti lontar peluru,lempar cakera, rejam lembing, lari 100 meter,200 meter dan 800 meter. Semua pelajar sangat bersemangat dan tidak berhenti henti bersorak untuk rumah sukan masing masing. Namun begitu, ada juga pelajar yang tercedera akibat daripada jatuh ketika berlari. Pelajar yang tercedera dihantar ke khemah Persatuan Bulan Sabit Merah untuk menerima rawatan yang sepatutnya. Acara pada hari itu diakhiri dengan acara 4 kali 400 meter.
Pada tanggal 4 Mac 2020,acara kemuncak untuk hari sukan tahunan pun dijalankan. Seperti biasa,para pelajar di I ya berkumpul di Bawa khemah rumah sukan masing masing . Acara terakhir bagi hari sukan tahunan pada tahun ini iaitu 4 kali 100 meter pun dijalankan. Selepas tamat,semua pelajar diminta berkumpul di tengah padang bagi acara penutupan Hari Sukan Tahunan 2020. Acara penutupan dimulakan dengan perarakan masuk pasukan kawad setiap rumah sukan ke tengah padang. Pasukan kawad tersebut memakai pelbagai kostum yang berbeza mengikuti tema yang dipilih oleh ahli rumah sukan sendiri. Kemudian,majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku,lagu negeri Pulau Pinang,lagu MARA dan ikrar. Tidak ketinggalan juga ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua dan Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat (TPPB).Majlis kemudiannya dirasmikan oleh YDP Muafakat MRSM Balik Pulau. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi pemenang dalam tempat pertama,kedua dan ketiga dalam setiap acara. Majlis kemudian diakhiri dengan penyampaian hadiah kesuluruhan rumah sukan bagi tempat pertama,kedua dan ketiga. Tempat pertama telah dimenangi oleh rumah sukan Kejora,manakala tempat kedua pula dimenangi oleh rumah sukan Belantara. Pemenang membawa pulang hadiah berbentuk trofi dan hamper.
Selepas tamat sesi penutupan,sesi penggambaran pula dilakukan sebagai kenang kenangan untuk setiap rumah sukan. Semua pelajar juga dikehendaki untuk khemah mereka sebelum naik ke asrama. Semua pelajar sangat seronok dengan aktiviti yang diadakan pada tahun ini. Ramai pelajar yang tidak dapat mewakili rumah sukan dalam apa apa acara ,engagingly berapa rugi dan ingin mencuba nasib dengan menyertai acara pada masa akan datang. Akhir sekali,dapat disimpulkan bahawa sukan di negara kita kian mengembang dari masa ke semasa. Tidak dapat dinafikan lagi apabila ada sukan tradisional rakyat atau permainan rakyat seperti sepak takraw telah dikomiselkan sebagai salah satu acara dalam peringkat kebangsaan. Banyak negara yang memberanikan diri mereka untuk menyertai kejohanan seperti ini berikutan dengan keunikkan seni permainan ini sendiri. Malahan,sukan ini juga membantu dalam meningkatkan kesihatan kita dari segi fizikal dan mental.
Laporan disediakan oleh, 6 Mac 2020.
(NUR SHAZMEEN DAMIA BINTI SHAIK ASHRAF)
Editor majalah E-sukan,
MRSM Balik Pulau
Comments
Post a Comment