Laporan Hari Sukan Tahunan di Maktab Reandah Sains Mara Balik Pulau 2020

            Pada tanggal 2 hingga 4 Mac 2020 yang lalu, Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau telah mengadakan Hari Sukan Tahunan kali yang ke30. Hari Sukan Tahunan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat para pelajar dalam bidang sukan.

           Sebelum hari sukan berlangsung, banyak persediaan yang telah dilakukan sebelum hari sukan menjelang tiba. Salah satu persediaan yang dilakukan oleh guru dan ahli rumah sukan ialah menghias khemah rumah sukan masing-masing. Pada sebelah petang pula, murid-murid akan memulakan latihan yang diiringi oleh guru rumah sukan masing-masing. Terdapat lima rumah sukan yang akan bertanding, iaitu rumah sukan Kejora, Belantara, Samudera, Purnama, dan Suria. Terdapat dua kategori bagi acara yang dipertandingkan, iaitu acara balapan dan acara padang. Bagi acara balapan, acara yang dipertandingkan ialah acara 100m, 200m, 400m, 800m, 1500m, 4x100m, dan 4x400m.      Bagi acara padang pula, acara yang dipertandingkan ialah lontar peluru, rejam lembing, lempar cakera, dan lompat jauh.

           Pada tanggal 2 Mac 2020, Hari Sukantara telahpun berlangsung, sukantara adalah satu acra sukan di mana setiap pelajar diberi peluang untuk menyumbang mata bagi rumah sukan masing-masing. Sukantara juga biasanya diadakan sebelum Hari Sukan Tahunan. Acara yang dipertandingkan semasa sukantara ialah acara 100m, lompat jauh dan lontar peluru.

           Pada keesokan harinya, tanggal 3 Mac telah berlangsung hari pertama Sukan Tahunan bagi sesi 2020. Keadaan cuaca pada pagi itu sangat baik. Pada pukul lapan pagi, semua pelajar diarahkan untuk berkumpul di bawah khemah masing-masing. Para atlet yang akan bertanding pada hari tersebut diberikan nombor peserta oleh pengurus rumah sukan masing-masing. Acara yang berlangsung pada hari tersebut adalah acara lontar peluru, lempar cakera, rejam lembing, 100m, 200m, 800m dan acara 4x400m. Suasana pada hari tersebut sangat meriah kerana para pelajar riuh menyokong atlet-atlet yang bertanding untuk menyumbangkan mata bagi rumah sukan masing-masing. Setelah selesai semua acara pada hari tersebut, setiap pelajar dan guru akan menyiapkan pesiapan bagi acara perbarisan yang akan berlangsung pada hari esok.

             Keesokan harinya, pada tanggal 4 Mac telah berlangsungnya hari kemuncak sukan bagi tahun 2020. Seperti biasa, para pelajar diminta untuk berkumpul di bawah khemah rumah sukan masing-masing terlebih dahulu sebelum berlangsung acara pada hari tersebut. Hanya dua acara yang dipertandingkan pada hari tersebut iaitu acara 400m dan acara 4x100m. Selepas tamat, semua guru dan pelajar diminta untuk berkumpul di tengah padang bagi sesi penutupan Hari Sukan Tahunan tahun 2020. Majlis penutup dimulakan dengan perbarisan dari setiap rumah sukan. Encik Ismail bin Kassim iaitu YDP Muafakat MRSM Balik Pulau telah merasmikan Majlis Penutup Sukan Tahunan MRSM Balik Pulau. Setelah selesai ucapan dari YDP Muafakat, majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah. Tempat yang ke-lima diduduki oleh rumah sukan Suria, tempat yang ke-empat diduduki oleh rumah sukan Samudera, tempat yang ke-tiga disandang oleh rumah sukan Purnama, tempat yang ke-dua diduduki oleh rumah sukan Belantara dan juara ialah rumah sukan Kejora yang merupakan juara bertahan. Selesai majlis penutup, semua pelajar dibenarkan untuk naik ke asrama untuk membersihkan diri.

          Sebelum bersurai, semua pelajar untuk mengutip sampah-sarap yang berada di padang serta mengemas semula khemah rumah sukan masing-masing. Sesi pengambaran juga diadakan supaya dapat dijadikan sebagai kenang-kenangan. Akhir sekali, dapat disimpulkan bahawa, sukan di negara kita dapat memberikan banyak manfaat kepada semua orang.


Laporan disediakan oleh,                                                                                                    21 Mac 2020.

(ATIFF FAHMI BIN MOHD FARIZAN)
Editor majalah E-sukan
MRSM Balik Pulau

Comments

Popular posts from this blog