Laporan Hari Sukan Tahunan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau 2020
Pada tanggal 2 hingga 4 Mac 2020 yang lalu, Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau telah mengadakan Hari Sukan Tahunan Maktab dan Hari Sukantara di padang utama MRSM Balik Pulau. Sukan Tahunan ini diadakan pada pukul 8 pagi di padang utama MRSM Balik Pulau. Tujuan Hari Sukan Tahunan ini diadakan adalah untuk meningkatkan semangat kesukanan antara atlet dan menampakkan kesungguhan atlet dalam memenangi pingat untuk rumah sukan masing-masing.
Sebelum Hari Sukan Tahunan berlangsung, persiapan besar-besaran dilakukan oleh setiap rumah sukan seperti hiasan khemah dan latihan rumah sukan pada setiap petang. Kesemua atlet gigih melatih demi kemenangan rumah sukan mereka.
Pada tanggal 2 Mac 2020, Hari Sukantara telahpun berlangsung. Sukantara ialah acara sukan yang memberi peluang kepada rumah sukan untuk menyumbang mata. Sukantara biasanya dilakukan sebelum Hari Sukan Tahunan. Acara yang dipertandingkan ialah 100 meter, lontar peluru dan lompat jauh. Semua pelajar MRSM Balik Pulau amat gembira bertanding antara satu sama lain.
Pada keesokan harinya iaitu 3 Mac telah berlangsung Hari Sukan Tahunan bagi sesi 2020. Cuaca pada pagi itu amat menggalakkan Sukan Tahunan diadakan. Tepat jam 8 pagi, para pelajar diminta berkumpul di bawah khemah rumah sukan masing-masing. Acara pertama yang dipertandingkan dahulu ialah 200 meter. Kesemua atlet larian trek 100 meter diminta berkumpul di khemah persediaan. Acara yang dipertandingkan ialah acara lontar peluru , lempar cakera, rejam lembing, 100 meter, 200 meter dan 800 meter. Acara 4x400 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Pada waktu petang, acara yang dipertandingkan ialah acara lompat jauh. Kesemua atlet menunjukkan pencapaian yang bagus demi memenangi rumah sukan mereka. Setelah tamat acara tersebut kesemua rumah sukan diminta mempersiapkan khemah dan perbarisan pada esok hari.
Pada tanggal 4 Mac, telah berlangsungnya hari kemuncak sukan tahunan bagi sesi 2020. Seperti biasa yang dilakukan, para pelajar diminta berkumpul di bawah khemah rumah sukan masing-masing. Acara yang akan dipertandingkan ialah 400 meter dan 4x100 meter di larian trek yang disediakan. Selepas berakhirnya acara tersebut, semua guru dan para pelajar diminta berkumpul di tengah-tengah padang MRSM Balik Pulau bagi sesi penutupan Hari Sukan Tahunan MRSM Balik Pulau tahun 2020. Acara perbarisan dimulakan terlebih dahulu oleh setiap rumah sukan. Setiap rumah sukan mendekorasi setiap ahli perbarisan mereka dengan menarik sekali. Sesi penutupan Hari Sukan Tahunan MRSM Balik Pulau dirasmikan oleh Encik Ismail bin Kassim iaitu YDP Muafakat MRSM Balik Pulau. Johan bagi Hari Sukan Tahunan 2020 ialah rumah sukan Kejora, bagi naib johan pula ialah rumah sukan Belantara,bagi tempat ketiga pula ialah rumah sukan Purnama, bagi tempat keempat pula ialah rumah sukan Samudera dan tempat terakhir ialah rumah sukan Suria. Selepas berakhirnya Majlis Penutupan Hari Sukan Tahunan MRSM Balik Pulau, semua pelajar MRSM Balik Pulau dibenarkan untuk naik ke asrama untuk berehat sebelum menunaikan solat Zuhur. Sebelum naik ke asrama, para pelajar diminta untuk mengemaskan khemah rumah sukan masing-masing dan sesi pengambaran besar-besaran dilakukan sebagai kenangan. Kesemua warga MRSM Balik Pulau berasa sangat gembira menjalani minggu aktiviti ini.
Akhir sekali, dapatlah disimpulkan bahawa, sukan di negara kita berkembang sejak tertubuhnya Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1953. Selain itu, faktor perkembangan sukan di Malaysia adalah dipengaruhi oleh Majlis Olimpik Malaysia yang juga ditubuhkan pada tahun 1953. Majlis Sukan Negara juga ditubuhkan untuk memegang harta alih atau harta tidak alih. Ketiga-tiga pertubuhan ini mempunyai persamaan dari segi objektif tujuan penubuhan iaitu untuk memajukan dan meningkatkan pencapaian sukan sehingga ke taraf kebangsaan dan antarabangsa. Sebagai contoh, Kementerian Belia dan Sukan menyediakan Program Belia dan Sukan bagi memberi sumbangan kepada negara dan bangsa. Selain itu, Majlis Olimpik Malaysia ditubuhkan untuk mewakilkan Malaysia ke Kejohanan Sukan Olimpik. Majlis Sukan Negara pula selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya kea rah penggalakan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tinggi.
Laporan disediakan oleh, 10 April 2020.
(MUHAMAD TARIQ ZIYAD BIN MUHAMAD ALI)
Editor majalah E-sukan,
MRSM Balik Pulau
Comments
Post a Comment