Laporan Hari Sukan Tahunan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau 2020
Pada tanggal 2 hingga 4 Mac 2020 yang lalu , Maktab Rndah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau telah mengadakan hari sukan tahunan .Hari sukan tersebut diadakan pada awal pagi iaitu pada pukul 7.30 pagi .Cuaca pada pagi sangat lah nyaman serta indah .Tujuan hari sukan ini diadakan adalah untuk mencungkil minat pelajar di dalam bidang sukan serta menyihatkan badan dan mencerdaskan otak .Selain itu , hari sukan juga dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar .
Sebelum hari sukan berlansung banyak persediaan yang telah dilakukan oleh pelajar serta guru sebelum hari sukan menjelang tiba .Rumah sukan yang akan bertanding adalah rumah sukan Belantar ,Samudera ,Suria ,Purnama dan Kejora . Setiap rumah sukan membuat persiapan bagi hiasan rumah sukan mengikut tema yang dipilih .Latihan bagi setiap acara juga diadakan setiap petang .Acara yang dipertandingkan adalah acara larian 100 meter ,4 kali 100 meter ,200 meter ,400 meter ,4 kali 400 meter , 800 meter ,1000 meter ,lompat jauh ,lontar peluru serta rejam lembing .Pelajar juga mengadakan latihan perbarisan setiap rumah sukan pada waktu petang .
Pada tanggal 2 Mac 2020 ,Hari Sukantara telah pon berlansung .Sukantara merupakan acara sukan di mana setiap pelajar perlu menyertai semua acara untuk menyumbang mata bagi rumah sukan masing-masing .Rumah sukan yang meraih mata yang banyak akan diumumkan sebagai pemenang .Sukantara juga biasanya diadakan sebelum Hari Sukan Tahunan .Acara yang dipertandingkan adalah acara larian 100 meter ,lompat jaun dan lontar peluru .Rumah sukan Belantara merupakan pemenang bagi Sukantara kerana dapat mengumpul mata yang banyak .
Pada keesokkan harinya ,tanggal 3 Mac 2020 telah pun berlansung haripertama bagi Hari Sukan Tahunan bagi sesi 2020 .Pada pukul 7.30 pagi ,pelajar diarahkan berkumpul di bawah khemah rumah sukan masing-masing .Para atlet juga bersiap sedia kerana acara sukan bermula pada pukul 8.00 pagi . Acara yang dipertandingkan pada waktu pagi adalah dimulai dengan acara larian 100 meter ,200 meter dan 800 meter .Seterusnya ,acara larian 4 kali 400 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu .Suasana pada waktu itu sangat lah meriah dengan sorakan daripada pelara kepada atlet yang bertanding .Pada waktu petang pula ,diteruskan dengan acara lompat jauh .Setelah tamat acara tersebut ,setiap ahli rumah sukan mengadakan persiapan untuk menghias khemah .Selain itu ,mereka juga membuat persiapan perbarisan untuk hari esok .
Pada tanggal 4 Mac 2020 ,telah berlansungnya hari kemuncak sukan tahunan bagi sesi 2020 .Hari terakhir sukan tahunan dimulai dengan acara perbarisan setiap rumah sukan .Semua guru serta murid akan berkumpul di tengah padang bagi menyaksikan acara perbarisan .Selepas itu ,berlansungnya acara larian 400 meter serta 4 kali 100 meter .Selepas tamat kesemua acara ,semua guru dan pelajar diminta untuk berkumpul ke tengah padang untuk sesi penutupan Hari Sukan Tahunan bagi tahun 2020 .Sesi penutupan ini dirasmikan oleh YDP Muafakat MRSM Balik Pulau iaitu Encik Ismail bin Kassim .Selepas itu ,diadakan penyampaian hadiah bagi setiap pemenang serta kedudukan rumah sukan .Bagi johan dimenangi oleh rumah sukan Kejora dan naib johan pula rumah sukan Belantara .Tempat ketiga dimenangi oleh Purnama ,keempat adalah rumah sukan Samudera dan kelima merupakan rumah sukan Suria .
Selepas tamat sesi penutupan ,pelajar perlu berkumpul di khemah rumah sukan masing-masing untuk mengemas .Mereka juga membuat sesi penggambaran untuk dimuat naik ke dalam laman web MRSM Balik Pulau serta dijadikan sebagai kenang-kenangan .Akhir sekali ,dapatlah disimpulkan bahawa ,perkembangan sukan yang dapat dilihat di negara kita adalah dengan melalui penyertai dan kejohanan kontinjen Malaysia di Sukan Asia Tenggara ,Sukan Komanwel dan Sukan Asia .Perbandingan sukan di Malaysia dengan negara lain dapat dilihat melalui pertandingan serta pesaing . Negara lain mempunya ramai pesaing serta pertandingan yang bertaraf dunia diadakan sepanjang tahun . Selain itu , atlet Malaysia juga mendapat halangan untuk bertanding dengan negara lain kerana kedudukan Malaysia yang jauh .
Laporan disediakan oleh , 18 Mac 2020.
(SHASHA EIFHAMI BINTI SHASRULSHAM)
Editor majalah E-sukan,
MRSM Balik Pulau.
Comments
Post a Comment