Laporan Hari Sukan Tahunan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau 2020.
Pada tanggal 2 hingga 4 Mac yang lalu,Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau telah mengadakan Hari Sukan Tahunan bagi tahun 2020.Majlis Perasmian Hari Sukan Tahunan dimulakan pada pukul 8:30 pagi bertempat di Astaka sebelah padang.Cuaca pada hari itu kelihatan baik sekali.Hari Sukan Tahunan ini diadakan bagi mencungkil bakat para pelajar dalam bersukan.Selain itu,pelajar juga dapat merapatkan ukhwah sesama guru dan para pelajar yang lain,sekaligus menimbulkan suasana yang harmoni di maktab.
Antara rumah sukan yang bertanding ialah rumah sukan Kejora bagi warna ungu,Samudera bagi biru,Belantara untuk hijau,Purnama bagi merah dan Suria bagi kuning.Setiap rumah sukan disediakan sebuah khemah bagi menghias mengikut tema.Khemah tersebut juga bagi mengadili sebahagian markah rumah sukan di mana,para pelajar bagi setiap rumah hendaklah menghiasnya dengan menarik dan unik.Pada setiap petang,semua pelajar diwajibkan turun bagi menjalani latihan rumah sukan.Bagi para atlet pula untuk meningkatkan stamina terutamanya yang memasuki acara larian jarak jauh.Di samping itu,pelbagai acara yang dipertandingkan seperti acara berlari 100 meter,200 meter,400 meter dan 800 meter bagi acara berseorangan manakala 4 kali 100 meter dan 4 kali 400 meter bagi acara berpasukan serta bagi acara padang pula ialah acara lompat jauh,lontar peluru,lempar cakera dan rejam lembing.Semua acara memerlukan teknik yang betul dan latihan yang berterusan bagi membina strategi dan stamina untuk mengalahkan pihak lawan.
Pada tanggal 2 Mac 2020,Hari Sukantara telahpun berlangsung.Sukantara adalah satu acara di mana setiap pelajar diberi peluang untuk menyumbang mata bagi rumah sukan masing-masing.Sukantara biasanya diadakan sebelum Hari Sukan Tahunan.Antara acara yang dijalankan sepanjang Hari Sukantara ialah acara lompat jauh,lontar peluru dan 100 meter.Semua pelajar perlulah melepasi had yang ditentukan bagi setiap tingkatan supaya dapat menyumbang sedikit mata kepada rumah sukan masing-masing.
Pada keesokan harinya,tanggal 3 Mac 2020 telahpun berlangsung hari pertama bagi Sukan Tahunan 2020.Keadaan cuaca pada pagi itu sangat baik.Pada pukul 8 pagi,para pelajar yang tidak menyertai acara diminta berkumpul di khemah masing-masing bagi menyiapkan hiasan rumah yang tertangguh.Manakala,para atlet setiap rumah pula diminta bersiap sedia untuk acara mereka.Antara acara yang dipertandingkan pada hari itu ialah acara 100 meter,200 meter,800 meter bagi acara lari dan bagi acara padang pula ialah acara lontar peluru,lempar cakera dan rejam lembing.Manakala acara 4 kali 400 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu.Suasana sukan pada hari itu berjalan lancak dan baik sekali atas sokongan serta kerjasama dari pihak guru dan para pelajar.
Pada tanggal 4 Mac,telah berlangsungnya hari kemuncak sukan bagi sesi 2020.Seperti biasa,para pelajar diminta berkumpul di bawah khemah masing-masing.Acara yang dipertandingkan pada hari itu ialah acara 400 meter,4 kali 100 meter dan diakhiri dengan acara lompat jauh.Para guru dan pelajar setiap rumah memberikan sokongan kepada para atlet yang sedang menjalankan acara mereka.Selepas semua acara tamat,semua guru dan pelajar diminta berkumpul di Astaka dan di padang bagi acara penutupan Hari Sukan Tahunan bagi tahun 2020.Acara penutupan pun bermula dengan acara perbarisan bagi setiap rumah.Dimulakan dengan rumah Suria dengan bertemakan 'Bee'.Selepas itu,rumah Samudera dengan tema 'Shark',diteruskan dengan rumah sukan Purnama dengan tema Samurai,Belantara pula bertemakan 'Slytherin' dan akhir sekali Kejora dengan bertemakan 'Maleficient' dan 'Black Pathers'.Penutupan pun dirasmikan oleh Encik Ismail bin Kassim iaitu YDP Muafakat MRSM Balik Pulau.Kedudukkan rumah sukan bagi Sukan Tahunan 2020 didahului Kejora sebagai johan,Belantara sebagar naib johan,Purnama di tempat ketiga manakala Samudera dan Suria di tempat keempat dan kelima.
Sebelum naik ke asrama semua pelajar,diminta untuk mengemas di sekitar kawasam khemah bagi mengelakkan sekitar padang menjadi kotor.Selepas tamatnya sesi penutupan,semua pelajar pun mengadakan sesi pengambaran di sekitar padang sebagai memori dan tanda kenang-kenangan bagi Hari Sukan Tahunan 2020.Semua guru dan pelajar berasa gembira dan syukur kerana dapat menjayakan Sukan Tahunan bagi tahun 2020.Selepas siap mengemas,semua pelajar pun dibenarkan naik ke dorm untuk berehat selepas penat memerah tenaga.Akhir sekali,dapatlah disimpulkan bahawa sukan di negara kita adalah adalah bahagian penting dalam budaya Malaysia. Sukan di Malaysia sangat popular dari aspek penyertaan dan pemandangan. Rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat menyertai pelbagai sukan untuk rekreasi dan persaingan.
Laporan disediakan oleh, 22 Mac 2020.
(QISTINA BATRISYA BINTI ZULHISAM)
Editor majalah E-Sukan
MRSM Balik Pulau
Comments
Post a Comment