LAPORAN HARI SUKAN TAHUNAN MAKTAB
                                      RENDAH SAINS MARA (MRSM) BALIK PULAU 2020
    
          Pada tanggal 2 hingga 4 Mac 2020 yang lalu,Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau telah mengadakan Hari Sukan Tahunan kali ke 30.Hari Sukan ini diadakan dari jam 8 pagi sehingga 6 petang.Cuaca pada pagi itu sangat baik.Tujuan sukan seperti ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat terpendam murid-murid dalam bidang kokurikulum sekolah.Selain itu, sukan seperti ini akan meningkatkan semangat kerjasama antara murid-murid untuk memenangi hadiah yang dipertaruhkan.
       Sebelum hari sukan berlangsung banyak persediaan yang telah dilakukan sebelum hari sukan menjelang tiba.Terdapat lima rumah sukan yang akan bertanding iaitu Kejora, Purnama, Suria, Samudera dan Belantara.Setiap rumah sukan akan melakukan persediaan masing-masing untuk pertandingan hiasan khemah.Setiap rumah sukan juga mewajibkan atlet-atletnya melakukan latihan pada setiap petang bagi acara masing-masing.Antara acara yang dipertandingkan ialah lari 100m,lontar peluru,lompat jauh dan lain-lain.      
         Pada tanggal 2 Mac 2020, Hari Sukantara telahpun berlangsung selama sehari bermula dari 8 pagi hingga 11 pagi.Sukantara adalah satu acara sukan di mana setiap pelajar diberi peluang untuk menyumbang mata bagi rumah sukan masing-masing.Sukantara juga biasanya diadakan sebelum Hari Sukan Tahunan yang sebenar.Acara yang setiap pelajar perlu sertai ialah acara lumba lari 100 meter,lompat jauh dan lontar peluru.Terdapat masa dan jarak yang telah ditetapkan untuk mendapatkan markah.
        Pada keesokan harinya,tanggal 3 Mac telah berlangsung hari pertama Sukan Tahunan bagi sesi 2020.Keadaan cuaca pada pagi itu sangat baik.Pada pukul 8 pagi.para pelajar diarahkan berkumpul di bawah khemah rumah masing-masing dan atlet yang akan menyertai acara perlu bersiap sedia.Acara yang dipertandingkan pada waktu pagi iaitu acara lontar peluru,lempar cakera,rejam lembing,100 meter,200 meter dan 800 meter.Semua pelajar bersorak memberikan semangat pada wakil rumah sukan masing-masing walaupun terpaksa melalui terik panas.Acara yang menjadi kemuncak pada hari itu ialah 4 kali 400 meter.Pada waktu petang pula sukan diteruskan denagn acara lompat jauh.Setelah tamat acara tersebut,semua rumah sukn perlulah menyiapkan persiapan khemah dan perbarisan untuk hari esok.
         Pada tanggal 4 Mac,telah berlangsungnya hari kemuncak sukan bagi sesi 2020.Seperti biasa,para pelajar diminta berkumpul di bawah khemah rumah sukan masing-masing.Acara yang dipertandingkan ialah 400 meter bagi pelajar dan 4 kali 100 meter bagi guru-guru rumah sukan.Setelah guru dan pelajar,diminta berkumpul di tengah padang bagi sesi perbarisan dan penutupan Hari Sukan Tahunan bagi tahun 2020.Sukan Tahunan telah dirasmikan oleh Encik Ismail bin Kassim iaitu YDP Muafakat MRSM Balik Pulau.Johan bagi Hari Sukan Tahunan 2020 ialah rumah sukan Kejora diikuti Belantara yang merupakan naib johan.Bagi tempat ketiga pula rumah sukan Purnama diikuti Samudera dan Suria.
          Selepas tamat sesi penutupan,sesi pengambaran pula diadakan supaya dapat dijadikan sebagai kenang-kenangan.Pelbagai gambar telah diambil seperti gambar mengikut kelas, homeroom dan mengikut tingkatan.Saya berasa amat gembira walaupun tidak memenangi emas dalam acara yang saya sertai.Saya berharap agar Sukan Tahunan yang akan datang lebih baik dari jangkaan saya..Saya juga berharap agar saya dapat mewakili rumah sukan saya lagi pada tahun hadapan dan akan datang.
         Akhir sekali dapat disimpulkan bahawa sukan dinegara kita telah berkembang maju.Sebagai contoh,banyak kelab sukan ditubuhkan untuk mencungkil bakat anak muda dalam sukan tertentu.Selain itu, beberapa pertandingan atau kejohanan telah diadakan setiap tahun seperti Kejohanan Sepak Takraw  dan Kejohanan Bola Sepak.Oleh hal demikian,kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju dalam bidang sukan di mata dunia dengan menyertai pertandingan- pertandingan yang telah dianjurkan.


Laporan disediakan oleh,                                                                                                    18 Mac 2020.


(NUR ‘ AIN SYAZRINA BINTI ELIAS)
Editor majalah E-sukan,
MRSM Balik Pulau

Comments

Popular posts from this blog